BANGI, 29 SYAABAN – Umat Islam di seluruh negara dijangka mula menunaikan ibadah puasa pada Khamis, 19 Februari 2026.
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, yang menyatakan tarikh permulaan puasa ditetapkan berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar, dan diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman rasmi disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam Selasa.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa pada petang Selasa, 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah.