BANGI, 21 SYAABAN – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menzahirkan sokongan terhadap tindakan kerajaan yang berlandaskan undang-undang dalam isu binaan haram, tanpa mengira parti atau gabungan politik.
Menurut beliau, sekiranya masjid atau surau dibina secara haram di atas tanah orang lain, sebagai Muslim beliau tetap membantah.
“Bukan sekadar roboh tetapi jangan sesekali diberikan sebarang pampasan tanah mahupun duit!, ” tegas Firdaus Wong.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas ketegasan kerajaan dalam menangani isu ini.
“Tahniah PMX!” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.
Kenyataan ini dibuat susulan keputusan kerajaan memberi keizinan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan terhadap binaan rumah ibadat yang didirikan secara tidak sah di seluruh negara.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi