Fadhli syor kajian UEC dilakukan ahli akademik, apa nak takut kan?

BANGI, 16 SYAABAN – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan agar kajian menyeluruh terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kedudukannya dalam Perlembagaan dan kesannya terhadap dasar pendidikan kebangsaan, dilaksanakan oleh ahli-ahli akademik berpengalaman.

Beliau berkata, kajian tersebut boleh dilakukan oleh mana-mana universiti dengan penglibatan ahli akademik yang diiktiraf dalam bidang berkaitan, dan bukannya oleh parti politik.

“Menteri Wilayah kata kajian untuk buat Pilihan Raya Datuk Bandar akan dilaksanakan oleh ahli akademik dan bukannya DAP, apa nak takut katanya.

“Jika begitu, saya nak cadangkan kajian menyeluruh terhadap sistem UEC, kedudukannya dalam Perlembagaan dan kesannya kepada dasar pendidikan kebangsaan dilaksanakan oleh ahli-ahli akademik berpengalaman.

“Pilih mana-mana universiti untuk laksanakan kajian ini dengan ahli-ahli akademik yang diiktiraf dalam bidang berkaitan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Justeru, Ahmad Fadhli berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana kajian tersebut bukan dilakukan oleh parti politik.

“Bukan parti politik buat kajian ini, apa nak takut kan? Realitinya bukan isu kajian, isunya ialah kecenderungan politik yang telah diketahui sejak lama,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar di Kuala Lumpur sedang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan bukannya oleh DAP.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu, penemuan daripada kajian tersebut akan dibawa ke Kabinet selepas ia selesai kelak.

“Jangan takut, kajian ini dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ia adalah universiti yang bereputasi tinggi. Jadi kajian ini bukan dilakukan oleh orang DAP,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pilihan Raya Datuk Bandar berisiko cetus isu perundangan dan Perlembagaan

Next Post

Jangan salah guna istilah keharmonian, keadilan perlu ditegakkan

Related Posts