‘Pendidikan negara dalam huru-hara’  – Cikgu Izzat

BANGI, 8 SYAABAN – Maruah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad terus tercalar selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa ujian diagnostik bagi kemasukan Tahun Satu tidak akan dilaksanakan.

Aktivis pendidikan negara, Mohd Nor Izzat Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, ini kerana kenyataan Anwar adalah bertentangan dengan pengumuman Fadhlina yang sebelum ini bertungkus-lumus mempertahankan pelaksanaan ujian berkenaan.

Justeru, beliau menggesa supaya Fadhlina mengemukakan hasil kajian rintis atau kajian menyeluruh sama ada dalam bentuk projek pilot mahu pun kajian ilmiah yang memberi dorongan kepada kementerian membuat keputusan menetapkan umur enam tahun masuk ke Tahun Satu.

“Selepas huru-hara satu Malaysia dengan pengumuman Menteri Pendidikan berkaitan perkara ini, Ketua Pentadbiran Negara iaitu Perdana Menteri terpaksa umumkan sebaliknya. Malu.

“Saya ulang soalan, di mana kajian rintis atau kajian ilmiah yang membawa kepada keputusan ini? Sila bentangkan.

“Sebab itu dengar nadi rakyat, orang minta diwujudkan UPSR dan PMR yang ditambah baik, bukannya buat benda lain. Betul-betul huru hara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Anwar menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 antara lain mengumumkan kemasukan Tahun Satu pada usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.

Susulan itu, Fadhlina menyatakan bahawa perkara itu tidak bersifat wajib dan hanya melibatkan ibu-bapa yang benar-benar sedia.

Seterusnya, Fadhlina menyatakan bahawa ujian saringan diagnostik khas akan digunakan untuk menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu yang mana pengumuman ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa serta beberapa pakar pendidikan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah jumlah bilik darjah dan guru Tahun 1 pada 2027 mencukupi?  

Next Post

Coklat ais minuman ‘outing’ Tun M selepas 22 hari di IJN

Related Posts