PRU-16: Kerajaan Perpaduan boleh ‘selamatkan’ UMNO melalui persempadanan semula

Kerajaan Perpaduan boleh membantu UMNO yang berdepan hakisan sokongan orang Melayu jika terus kekal dalam kerajaan sekarang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dengan melakukan persempadanan semula kawasan parlimen. 

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, persempadanan semula dengan mewujudkan kawasan parlimen baru untuk parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan sekarang, termasuk UMNO pasti menang dalam PRU-16.

Menurutnya, UMNO dalam PRU-15 mengalami  kemerosotan sokongan yang serius di kawasan majoriti Melayu dan menyertai Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai DAP menyebabkan parti yang berteraskan Melayu itu akan berdepan kesukaran dalam PRU-16. 

Namun, katanya UMNO tidak boleh terus kekal dengan hanya bergantung kepada sokongan orang Melayu dan jalan paling mudah untuk terus relevan dalam politik ialah melalui persempadanan semula yang kini boleh dilakukan selepas lapan tahun persempadanan semula terakhir dilakukan.

“Persempadanan semula perlu dilakukan untuk memecahkan kawasan parlimen, termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan rasional pertimbangan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Kerajaan Perpaduan boleh buat (persempadanan semula) sekarang kerana ada tempoh lagi sehingga 2027 untuk kerajaan mentadbir. Masih ada masa dua tahun lagi,” katanya kepada TV Pertiwi.

Memperjelaskan persempadanan semula itu boleh membantu UMNO, katanya ia boleh dilakukan berdasarkan beberapa kriteria seperti memecahkan kerusi di kawasan bandar yang mempunyai populasi tinggi seperti mempunyai lebih 80,000 penduduk kepada dua kawasan parlimen baharu.  

Sebagai contoh, katanya dari Parlimen Kota Raja yang mempunyai kira-kira 300,000 pengundi boleh dibuat satu atau dua kawasan parlimen  baharu.

“Melalui kajian yang saya buat, kawasan campuran (mempunyai komposisi kaum agak seimbang) di kawasan bandar seperti Kota Raja, Bangi dan Damansara, Kerajaan Perpaduan boleh memperolehi (menang) 59 kerusi baharu menerusi persempadanan semula,” katanya. 

Daripada 59 kerusi Parlimen itu, katanya 15 kerusi boleh diberikan kepada UMNO menjadikan Barisan Nasional (BN) mempunyai 45 kerusi dengan syarat UMNO dapat mengekalkan 28 kerusi Parlimen sedia ada, manakala MIC dan MCA juga dapat berbuat demikian di kerusi tunggal masing-masing (Tapah dan Ayer Hitam).  

“Jadi UMNO tidak perlu membawa memori lama, iaitu parti itu mendapat sokongan orang Melayu saja, tetapi boleh tunjuk pada orang ramai, kepada pada pengundi bahawa parti itu turut mendapat sokongan bukan Melayu dalam PRU 16,” katanya.


Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas PTD didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram

Next Post

Trump buat pusingan U isu Greenland, tolak guna kekerasan dan tarif

Related Posts