Tak perlu desak Dr Akmal letak jawatan – Setiausaha Politik KM Melaka

BANGI, 18 REJAB – Mana-mana pihak atau parti tidak perlu membuat sebarang desakan supaya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kerajaan Melaka.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata,Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

“Kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak berdepan sebarang keperluan untuk mendesak mana-mana ahli EXCO, khususnya Dr Akmal, meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan di Melaka, malam tadi.

Beberapa pihak dalam Pakatan Harapan (PH) seperti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak Dr Akmal melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Melaka berikutan pendiriannya dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia yang mendesak UMNO bertindak keluar Kerajaan Perpaduan dan menghidupkan kembali kerjasama dengan PAS.

Bagaimanapun, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam reaksinya menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal dalam kerajaan sedia ada hingga tamat penggal pentadbiran.

Beliau juga menolak idea kerjasama dengan PAS dengan kiasan tidak mahu dipatuk dua kali. 

Abdul Hakim menyifatkan desakan berkenaan adalah tidak berasas dan tidak mencerminkan realiti sebenar pentadbiran kerajaan negeri yang terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat.

Katanya, segala spekulasi atau tekanan politik yang tidak berasas hanya akan mengganggu fokus pentadbiran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat mahupun kestabilan negeri.

“Kerajaan negeri kekal komited untuk mentadbir secara berhemah, berfokus kepada prestasi dan berlandaskan kepentingan rakyat serta tidak akan terpengaruh dengan polemik politik yang bersifat spekulatif,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa strategi Trump untuk AS menguasai Greenland?

Next Post

Orang Melayu ternanti penyatuan PAS dan UMNO 

Related Posts