UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BANGI, 16 REJAB – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pendirian itu adalah sikap UMNO dan BN sejak memasuki kerjasama dengan PH sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan pada Disember 2022.

Isu ini dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik semalam, susulan cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada Sabtu lalu, supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang.

Ahmad Zahid menegaskan, tiada keputusan muktamad dicapai dalam mesyuarat berkenaan mengenai saranan Pemuda UMNO itu.

“Kita tidak akan pernah melakukan ‘tebuk atap’ terhadap kerajaan sedia ada. Kita akan bersama-sama Kerajaan Perpaduan ini sehingga tamat penggal. 

“Bila pun penggal itu akan diumumkan nanti, ia adalah penggal yang secukupnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 diadakan,” katanya seperti dilapor media tempatan. 

Minggu lalu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencadangkan agar UMNO memilih untuk berada di blok pembangkang sekiranya mengambil keputusan keluar daripada kerajaan sedia ada.

Kerajaan Perpaduan terdiri daripada tujuh parti utama, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

 Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Semua bantuan kerajaan adalah tanggungjawab, bukan sedekah – Isham Jalil

Next Post

‘Muhyiddin perosak PN, apa yang berlaku di Perlis jadi bukti’ – Puad 

Related Posts