Penyokong UMNO tidak selesa dalam Kerajaan PH, ulangi pengalaman BERSATU

BANGI, 12 REJAB – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yakin ramai penyokong UMNO sebenarnya tidak selesa berada dalam kerajaan yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ketua Penerangan BERSATU berkata, pengalaman yang sama dilalui oleh BERSATU Ketika berada dalam PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, perbezaan ideologi amat ketara dan ketika itu, semua pihak memaksa diri untuk hanya berkata perkara positif mengenai kerajaan PH 1.0 sebagai topeng menutup masalah sebenar.

Bagaimanapun, katanya akhirnya BERSATU membuat keputusan berani dan betul untuk keluar dari PH.

“Jajaran yang lebih selesa sebenarnya ialah untuk UMNO, BERSATU dan PAS duduk dalam saf yang sama. Banyak persamaan ideologi antara tiga parti ini,” katanya dalam hantarannya di Facebook, hari ini.

Malah, Wan Saiful berkata, BERSATU sendiri pernah bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), dan ada surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Presiden PAS menjemput BERSATU menyertai MN.

Sehubungan itu, katanya semangat yang sama perlu dihidupkan semula agar wujud satu payung besar parti-parti politik konservatif bertunjangkan falsafah kanan pertengahan.

“Berilah nama apa sekalipun. Muafakat Nasional, Payung Besar, Perikatan Nasional atau apa jua. Yang penting semangatnya sama.  Saya harap agenda ini akan berjaya,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan supaya berhati-hati dengan suara-suara yang mahu memecahkan BERSATU dan PAS dengan cara meninggalkan PN.

Menurutnya, kelompok `trojan horse’ berideologi PKR dalam BERSATU pasti seronok jika perpecahan itu berlaku.

Beliau mendakwa pihak terbabit berusaha mengajak ahli BERSATU marah kepada PAS dan mencipta `garisan merah’ yang bukan-bukan untuk menyukarkan hubungan kedua-dua parti itu.

Katanya, PAS juga perlu menangani suara-suara yang mahukan perpecahan atau mahu meninggalkan PN dengan mengingatkan bahawa jika satu daripada tiga parti (PASA, UMNO dan BERSATU) tiada dalam gabungan, maka muafakat yang sebenar masih tidak dicapai.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gesaan hidup semula Muafakat Nasional belum serius – Anwar

Next Post

Ekonomi Gaza runtuh 87 peratus, rakyat terjerumus ke jurang kemiskinan

Related Posts