Calon MB Perlis: PAS dua nama, BERSATU tiga nama

BANGI, 5 REJAB – PAS mengemukakan dua nama kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar berikutan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli, semalam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata pencalonan itu dibuat selepas mengambil kira kedudukan parti itu yang masih memiliki majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN), BERSATU.

“Kita masih mempunyai enam kerusi dan BERSATU hanya ada lima kerusi. Jadi kita layak mengemukakan calon Menteri Besar,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi berkata, dua nama berkenaan dikemukakan bagi pertimbangan Raja Perlis sebagai calon paling sesuai untuk menerajui pentadbiran negeri dalam keadaan politik semasa yang tidak menentu.

BERSATU pula mengemukakan tiga nama calon untuk jawatan itu, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah; Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi).

Politik Perlis bergolak apabila lapan ADUN dikatakan menandatangani Akaun Berkanun (SD) mengisytiharkan untuk menarik sokongan terhadap Mohd Shukri, sekali gus menjejaskan keyakinan terhadap kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar.

Mereka, termasuk tiga ADUN PAS menyebabkan parti itu mengambil tindakan tegas dengan menghentikan keahlian mereka yang terlibat.

Ini menyebabkan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji terpaksa dikosongkan dan notis kekosongan luar jangka itu akan dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita

Next Post

Pemuda BERJASA sedia jadi orang tengah tubuh Kesatuan Nasional 

Related Posts