Rakyat ternanti-nanti komen rasmi Menteri Pendidikan isu UEC

BANGI, 21 JAMADILAKHIR – Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) UKM, Dr Anuar Ahmad berkata, rakyat ketika ini sedang ternanti-nanti respons Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek, berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang terus menjadi perdebatan hangat di kalangan pelbagai pihak.

Fadhlina baru-baru ini memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan memberi jaminan tiada mana-mana sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), akan ditutup di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Kedudukan sekolah vernakular telah termaktub dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1996, justeru pengiktirafan itu tidak boleh dipersoal atau dipertikaikan, kata Fadhlina. 

Namun, menurut Dr Anuar, isu sebenar yang patut diberi perhatian bukan berkaitan sekolah vernakular, tetapi desakan supaya persijilan UEC diiktiraf. 

“Sekolah vernakular bukan isu. Tidak ada sesiapa pun yang faham tentang sistem pendidikan negara mendesak supaya SJKC, SJKT dan SMJK ditutup. Yang menjadi isu sekarang ialah ada desakan supaya diiktiraf persijilan UEC,” jelas beliau.

Dr. Anuar menegaskan bahawa desakan ini tidak wajar kerana jelas telah menghina Perlembagaan. 

Perkara 152 menetapkan bahawa apa-apa urusan rasmi mestilah dalam Bahasa Melayu. 

“Jika UEC diiktiraf maksudnya kurikulum, peperiksaan dan persijilan UEC telah menjadi urusan rasmi. Nak tukar kurikulum dan peperiksaan UEC ke Bahasa Melayu?,” soalnya. 

Beliau menambah, Malaysia sudahpun mempunyai SPM dan STPM yang diiktiraf bukan sahaja dalam negara malah di banyak universiti seluruh dunia. 

“Semua universiti terkenal mengiktiraf SPM dan STPM. Jadi apa kurangnya persijilan SPM dan STPM?” katanya.

Menurut Dr. Anuar, satu-satunya sebab mengapa sejak tahun 1975 mereka mendesak supaya UEC diiktiraf ialah kerana mereka tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar sistem pendidikan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak perlu iktiraf UEC selagi tiada usaha reformasi

Next Post

Bayi Gaza meningal dunia akibat kesejukan dalam khemah pelarian

Related Posts