Pemimpin jangan cepat ‘koyak’, hak rakyat untuk kritik

BANGI, 18 JAMADILAKHIR – Pihak berkuasa tidak perlu ‘melindungi’ pemimpin atau kerajaan daripada kritikan rakyat sama ada dalam bentuk sindiran atau membuat lawak jenaka, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin itu sendiri memilih untuk menjadi golongan berkedudukan yang mendedahkan mereka kepada luahan pandangan oleh masyarakat.

Justeru, katanya  pemimpin juga tidak wajar ‘cepat koyak’ dengan memilih untuk menutup mulut rakyat melalui prosedur tangkapan atau penahanan.

“Pemimpin-pemimpin ini pun pihak berkuasa tidak perlu dilindungi.

“Mereka ini melalui kritikan atau komen-komen sindiran ataupun lawak jenaka. Sebab mereka yang memilih menjadi orang-orang berkedudukan dalam masyarakat.

“Jadi masyarakat ni 33 juta rakyat, berhak memberi komen tentang kedudukan pemimpin tersebut,” katanya kepada TV Pertiwi.

Terdahulu, beliau ditanya mengenai pandangannya terhadap kes aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang dipanggil polis baru-baru ini disebabkan penggunaan pelekat gambar tikus ‘PM’.

Pelekat itu digunakan dalam video ‘Kelas Demokrasi’ yang menjelaskan mengenai proses pemecatan atau penukaran seorang Perdana Menteri menerusi kuasa Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. 

Haniff bagaimanapun enggan mengulas mengenai kes itu secara terperinci, sebalik menjelaskan secara umum bahawa pihak berkuasa sememangnya mempunyai hak untuk menyiasat, tetapi ia tidak bermakna mereka boleh menahan individu semata-mata kerana mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Malah, katanya, sekiranya siasatan itu boleh dilakukan tanpa tangkapan, pihak berkuasa boleh menggunakan kaedah itu dan terus kemukakan siasatan kepada pendakwa raya untuk tuduhan di mahkamah.

Tambah Haniff, apabila pemimpin membenarkan pihak berkuasa membuat tangkapan, ia akan membabitkan tenaga serta kos yang digunakan untuk melindungi pemimpin berkenaan.

“Itu tidak adil dan membebankan pembayar cukai. Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim saman jelah di mahkamah sivil.

“Bukan Anwar tak saman pun. Sanusi (Menteri Besar Kedah) dia saman. Ramai pihak dia saman. Tapi kenapa nak gunakan polis untuk tangkap seorang Benda tu jenayah,” ujarnya

Tegas Haniff, pihak polis bagaimanapun masih perlu lakukan tangkapan sekiranya pemimpin difitnah yang mana pembohongan itu boleh mendatangkan kemudaratan besar kepadanya. 

“Contohnya dipanggil secara palsu yang pemimpin itu ‘pembunuh’, sedangkan palsu. Itu adalah jenayah kerana kesannya terpalit juga kepada negara.

“Itu fitnah melampaulah. Panggil pemimpin sebagai pembunuh seorang bolehlah pihak polis siasat. Sebab itu menjatuhkan maruah kepimpinan negara secara palsu,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa rasional lantik pihak swasta? Apakah JPJ kekurangan tenaga kerja, soal Aminuddin 

Next Post

Syria setahun selepas kejatuhan Assad

Related Posts