Apa rasional lantik pihak swasta? Apakah JPJ kekurangan tenaga kerja, soal Aminuddin 

BANGI, 18 JAMADILAKHIR – Presiden Gabungan Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya meminta penjelasan segera berhubung laporan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melantik sebuah syarikat swasta sebagai ejen kutipan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Ramssol Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Rider Gate Sdn Bhd dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Syarikat itu berkata melalui portal aplikasi Rider Gate, rakyat Malaysia kini boleh mengakses platform perkhidmatan yang digital sepenuhnya, mudah dan selamat untuk transaksi penting JPJ termasuk pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman trafik dan pindah hak milik kenderaan dengan caj nominal bagi setiap transaksi.

Sistem itu juga menyediakan pelaporan secara masa nyata kepada JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti sepenuhnya.

Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin berkata, sekiranya laporan itu benar, ia menimbulkan beberapa persoalan besar khususnya berkaitan kepentingan ekonomi Bumiputera serta ketelusan keputusan tersebut.

“Nak tanya kalau-kalau ada yang tahu, betulkah JPJ melantik satu syarikat swasta untuk menjadi ejen kutipan seperti yang dilaporkan? Kenapa tidak lantik syarikat Bumiputera? Bukankah ekonomi Bumiputera semakin meruncing?

“Kalau betul, apa rasionalnya perlu melantik pihak swasta? Apakah JPJ kekurangan tenaga kerja? Atau JPJ mahu memfokuskan bidang lain yang lebih strategik,” soalnya. 

Selain itu, Presiden Nasionalis itu membangkitkan soal kewangan dan implikasi kepada rakyat. 

“Berapa pula komisyen yang ejen akan dapat? Bukankah itu bermakna pendapatan JPJ atau kerajaan akan semakin berkurang?. 

“Adakah penambahan kos kepada JPJ ini nanti akan dibebankan pula kepada rakyat?”

“Apakah dengan perlantikan ejen ini tindakan akan menjadi lebih agresif dan kemungkinan pelbagai denda akan ditambah kepada pesalah?,” soalnya lagi. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jika masih wujud salah faham, PAS sentiasa terbuka untuk dialog’

Next Post

Pemimpin jangan cepat ‘koyak’, hak rakyat untuk kritik

Related Posts