MP Melayu-Islam digesa perkasa undang-undang Syariah

BANGI, 14 JAMADILAKHIR – Presiden Berjasa, Ustaz Zamani Ibrahim menggesa Ahli Parlimen Melayu-Islam meneruskan agenda memperkukuh undang-undang Syariah di negara ini, susulan beberapa kelompongan penguatkuasaan yang kembali menjadi perhatian akhir-akhir ini.

Beliau berkata, tiada gunanya masyarakat yang majoriti Islam berterusan dibentuk cara hidup mereka dengan undang-undang warisan penjajah sedangkan undang-undang syariah wujud dan berpotensi diangkat lebih tinggi dengan syarat kekuatan kehendak dan iltizam dari mereka yang memegang kuasa saat ini.

Menurutnya, Mahkamah Syariah tidak wajar menjadi mahkamah kelas kedua yang dipinggirkan, kerana keadaan itu menunjukkan pengamalan yang tidak berteraskan Islam serta bercanggah dengan identiti kenegaraan.

“Islam sebagai agama Persekutuan perlu menjadi roh kepada sistem perundangan negara dan bukan sekadar simbolik yang tidak memberi kesan kepada masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan pindaan RUU355 sebagai “satu permulaan positif” ke arah pemerkasaan undang-undang Syariah dan wajar diteruskan oleh Ahli Parlimen Melayu-Islam di Dewan Rakyat.

Gesaan itu hadir selepas seramai 171 lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit baru-baru ini dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman terhadap mereka.

Permohonan itu dilaporkan ditolak kerana kelewatan pihak polis mengemukakannya.

Siasatan kemudiannya dihentikan selepas polis memaklumkan bahawa tiada bukti yang boleh membantu pendakwaan, selain ketiadaan individu yang tampil sebagai mangsa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hampir separuh rakyat Eropah anggap Trump sebagai ancaman

Next Post

Reformasi pendidikan dan krisis integriti: Cerminan masyarakat kita

Related Posts