Usaha dedah lokasi rumah ibadat haram dapat sambutan komuniti setempat

BANGI, 12 JAMADILAKHIR – Usaha untuk mengesan lokasi binaan rumah ibadat haram kini mendapat sambutan komuniti setempat apabila lebih 80 lokasi telah didedahkan, kata aktivis tanah, Tamim Dahri.

Beliau berkata, sejak portal tanahmalaya.com dilancarkan pada bulan lepas, maklumat mengenai lokasi binaan rumah ibadat haram telah dikongsikan orang ramai termasuk dari Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan.

Beliau berkata, situasi ini menjadi bukti bahawa pembinaan rumah ibadat secara haram – atau isu pencerobohan tanah – adalah satu masalah besar yang sedang melanda negara.

“Semasa awal portal dilancarkan terus dapat 10 lokasi, kini dah 80 lokasi didedahkan.

“Jumlah itu pun sebenarnya sikit berbanding situasi sebenar,” katanya kepada TV Pertiwi.

Mengulas lanjut, Tamim berkata, hasil daripada data dan maklumat yang dikongsikan, beliau juga akan mendapatkan bukti secara fizikal seperti gambar untuk dihantar kepada pihak berkuasa.

Katanya, ia bagi mendesak tindakan segera diambil kepada penceroboh.

“Saya harap menerusi platform ini, ramai akan tampil bantu mendedahkan lagi lokasi-lokasi binaan rumah ibadat haram di seluruh negara.

“Kita sebagai rakyat juga mempunyai hak untuk bersuara mengenai isu ini. Cuma diharapkan pihak berkuasa akan memandang serius isu ini,” tambah beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Shamsul Iskandar hadapi empat tuduhan rasuah RM176,829.03

Next Post

Albert Tei didakwa empat pertuduhan beri rasuah kepada Shamsul Iskandar

Related Posts