Rakyat Sabah mahu penyelesaian, bukan retorik reformasi – penganalisis

BANGI, 10 JAMADILAKHIR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2025 memberi isyarat bahawa Malaysia sedang bergerak ke arah corak politik baharu yang lebih terframentasi, lebih berasaskan identiti wilayah dan kurang bergantung kepada parti politik nasional.

Profesor Sosiologi Politik, Prof Dr Novel Lyndon berkata, ini bermakna parti politik bertaraf nasional akan kehilangan dominasi struktur di negeri itu.

Beliau berkata, situasi ini bukan sekadar trend semasa tetapi perubahan struktur sosio-politik Sabah yang mana kemenangan parti-parti tempatan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan tidak dilihat sebagai fenomena biasa, sebaliknya menjadi petanda bahawa pengundi Sabah sedang melakukan penyusunan semula pengaruh politik/

“Dalam kajian sosiologi politik, ini dipanggil kecenderungan memilih berdasarkan identiti wilayah. Mengapa ia kritikal? Parti nasional tidak lagi menjadi rujukan utama legitimasi poliitk.

“Pengundi menilai keupayaan menyelesaikan isu tempatan, bukan manifesto nasional atau rekod kerajaan pusat.

“Kebergantungan Kerajaan Pusat kepada parti politik tempatan akan meningkat. Ini mengubah ‘kuasa struktur’ dalam politik nasional,” katanya kepada TV Pertiwi.

PRN Sabah baru-baru ini menyaksikan GRS meraih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) – jumlah tertinggi – diikuti dengan WARISAN yang tawan 25 kerusi.

Gabungan parti politik besar dari Semenanjung seperti Barisan Nasional meraih 6 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional masing-masing hanya memenangi satu kerusi.

Mengulas lanjut, Novel Lyndon berkata, sekiranya trend ini berlarutan, Sabah bakal menjadi ‘zon bebas pengaruh’ Semenanjung’ sekali gus mengubah peta politik secara kekal.

Jelasnya, GRS dan Warisan kini menjadi ‘kingmaker’ yang akan menghasilkan dinamika politik baharu, yang lebih kompleks dari teori kerjasama antara gabungan.

“Situasi ini membawa kesan besar yang mana kerajaan Persekutuan tidak boleh dibentuk tanpa blok Sabah. Ingu mengubah budaya politik pusat daripada mendominasi kepada perlu berunding.

“Kuasa tawar Sabah akan meningkat dalam isu nasional termasuk peruntukan, projek strategik dan autonomi,” ujarnya.

Mengulas mengenai prestasi PH yang merosot di Sabah, Novel menjelaskan bahawa masalah utama yang dihadapi gabungan politik ini ialah ketiadaan naratif tempatan meskipun mereka meletakkan calon dalam kalangan orang tempatan.

Beliau berkata, PH gagal ‘men-Sabahkan’ imej mereka dan isu yang sering diketengahkan lebih tertumpu kepada isu nasional.

“Politik Sabah memerlukan naratif yang berakar dari realiti setempat, bukan ‘copy-paste’ dari Semenanjung.

“PH dilihat terlalu teknokratif dan terlalu nasional. Pengundi Sabah mahukan kehadiran fizikal, hubungan komuniti dan penyelesaian masalah asas dan bukan retorik reformasi yang tidak diterjemahkan ke lapangan.

“PH mungkin akan diusir sepenuhnya dari Sabah jika tidak bertindak cepat,” ujar beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan rombakan Kabinet, hanya isi tempat kosong – PM

Next Post

Rotan di Sekolah: Antara Ketegasan dan Kasih Sayang dalam Mendidik

Related Posts