BANGI, 10 JAMADILAKHIR – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan segera terhadap beberapa pegawai yang terlibat dalam aktiviti songsang seperti yang tular dilaporkan baru-baru ini.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pegawai-pegawai terbabit akan dipastikan untuk tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian hingga proses siasatan selesai.
“KPM mengambil serius penglibatan beberapa orang pegawainya dalam aktiviti songsang seperti yang dilaporkan baru-baru ini.
“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalam sedang berjalan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 201 individu termasuk 17 penjawat awam yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral atau songsang dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit.
Dalam pada itu, KPM memberi peringatan kepada semua ketua jabatan kementerian itu untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi