BANGI, 9 JAMADILAKHIR – Kekalahan semua calon DAP yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam menjadi bukti rakyat sudah muak dengan parti itu, kata Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya.
Beliau berkata, keputusan semalam bukan sahaja menunjukkan bahawa rakyat Sabah menyatakan penolakan mereka terhadap DAP, malah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke turut membayangkan masa depan yang gelap untuk parti itu di Sabah.
“Difahamkan, sentimen anti-DAP ini juga semakin kuat di Sarawak. Kebarangkalian DAP akan hilang banyak kerusi di Sarawak juga besar.
“Apa tidaknya perjuangan DAP yang begitu chauvinist dan rasis memualkan rakyat. Jika mereka tidak berubah, akhirnya akan memakan diri,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Pada PRN Sabah, DAP bertanding di lapan kerusi DUN yang mana Setiausaha DAP Sabah, Vivian Wong bertanding di DUN Elopura, Ketua DAPSY Tawau, Philip Yap Wui Lip (DUN Sri Tanjung), Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah, Chan Loong Wei (DUN Luyang) manakala Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe bertanding di DUN Likas.
DAP turut meletakkan calon di DUN Kapayan iaitu Jannie Lasimbang; DUN Tanjung Papat, Tang Sze Ching; DUN Kemabong, bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual manakala TImbalan Pengerusi DAP merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin bertanding di DUN Tanjung Aru.
Timbalan Pengerusi DAP merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin bertanding di DUN Tanjung Aru.
Menurut Aminuddin, DAP masih mempunyai sokongan di Semenanjung Malaysia dalam kalangan rakyat yang tidak memahami intisari dasar perjuangan parti itu.
Beliau berpandangan, faktor ini mungkin didorong kerana jawatan atau habuan sehingga sanggup mengabaikan perkara tersebut.
“Bukan sahaja dasar DAP bertentangan dengan Perlembagaan tetapi sikap MP (wakil rakyat) mereka juga dilihat sangat ekstrem.
“Andaikata orang Semenanjung belajar dari Sabah dan Sarawak belajar dari Sabah dan Sarawak, maka hayat DAP pasti akan sampai penghujungnya.
“Ramai rakyat sebenarnya sudah mual dengan DAP. Mungkin PRU 16 adalah muqadimah kepada penamatan dominasi politik negara,” tambahnya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi