Naluri bertentangan dengan syariat bukan untuk diraikan

BANGI, 8 JAMADILAKHIR – Penahanan 201 lelaki termasuk 17 penjawat awam di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut kerana disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang menimbulkan peringatan serius mengenai cabaran menjaga moral dan fitrah manusia.

Kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 60 tahun. Operasi mengejut ini membabitkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). 

Premis dua tingkat itu dilaporkan beroperasi sejak lapan bulan lalu, menawarkan perkhidmatan gym, sauna, spa, kolam mandi dan ruang rehat bagi golongan lelaki.

Mengulas isu ini, Pensyarah kanan, bidang psikologi dan Psikospiritual Islam, Institut perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM, Dr. Mohd Afifuddin Mohamad menegaskan bahawa manusia tidak boleh membenarkan naluri menongkah fitrah dan syariat. 

Beliau berkata, ramai yang hari ini mengangkat keinginan peribadi sebagai hak individu dengan alasan:

“Saya dilahirkan begini. Ini naluri saya. Inilah identiti saya.”

Namun, persoalan yang lebih besar, tegas beliau, adalah sama ada semua naluri itu mesti diraikan.

“Dalam dunia hari ini, isu meraikan naluri songsang diangkat sebagai hak individu atau kebebasan peribadi. Namun dalam Islam, bukan semua yang dirasa itu boleh diikut, dan bukan semua yang terdetik itu mesti dituruti,” jelas Dr. Mohd Afifuddin.

Beliau juga menekankan bahawa naluri yang bertentangan dengan syariat bukan untuk diraikan, sebaliknya perlu diuji, diperbetul, dan diluruskan. 

“Jika naluri itu membawa kepada hubungan sesama jenis, jika ia mengajak seseorang meninggalkan jantina asalnya, jika ia menolak fitrah yang Allah tetapkan sejak lahir itu bukan lagi naluri yang patut diraikan. 

“Itu naluri yang perlu diluruskan dengan hidayah, bimbingan, agama, kompas iman, dan kekuatan jiwa yang mencintai Allah lebih daripada keinginan diri,” katanya dalam hantaran di Facebook.  

Dr. Mohd Afifuddin juga menegaskan, kita bukan dicipta untuk tunduk kepada rasa, sebaliknya kita dicipta untuk tunduk kepada Allah.

Beliau mengakui bahawa meninggalkan naluri songsang bukan mudah, ada yang bergelut bertahun-tahun dan menangis setiap malam kerana tidak mahu berdosa. Namun, menurutnya, mereka yang kembali kepada Allah, walaupun pernah tersasar jauh, itulah yang Allah muliakan. 

“Bukan kerana mereka sempurna, tetapi kerana mereka melawan keinginan yang salah demi memelihara iman.”

Dr. Mohd Afifuddin menegaskan bahawa naluri yang songsang dan merosakkan fitrah perlu ditinggalkan, kerana yang menyelamatkan manusia bukanlah mengikuti hawa nafsu, tetapi berpegang teguh kepada agama yang membawa kepada keredaan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PRN Sabah: SPR rekod 603 kesalahan pilihan raya

Next Post

Menang 6 kerusi, Zahid kata BN masih ada sokongan teguh di Sabah

Related Posts