Aminuddin persoal SPRM label dakwaan rasuah Setpol PMX sebagai ‘tohmahan’

BANGI, 7 JAMADILAKHIR – Presiden Gabungan Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya menegur keras kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggambarkan dakwaan rasuah membabitkan setiausaha politik Perdana Menteri (Setpol PMX) sebagai ‘tohmahan’, meskipun siasatan rasmi belum dimulakan.

Aminuddin menyifatkan istilah tersebut sebagai sesuatu yang janggal daripada sebuah badan penguat kuasa yang sepatutnya bertindak neutral dan berasaskan bukti.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengeluarkan kenyataannya mengenai isu rasuah setiausaha politik Perdana Menteri (setpol PMX).”

“Agak terkejut apabila kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM menyebut ianya sekadar ‘tohmahan’ walaupun siasatan belum bermula. 

“Adakah di sana ada niat untuk melindungi seseorang?,” soalnya dalam kenyataan di Facebook. 

Aminuddin menegaskan bahawa istilah tohmahan hanya sesuai digunakan apabila sesuatu dakwaan terbukti rekaan, sedangkan kes ini mempunyai bahan bukti awal.

Beliau berkata, bukti yang ada sudah cukup untuk SPRM memulakan siasatan, bukan menolaknya lebih awal.

“Tetapi dalam hal ini sudah ada video dan laporan telah dibuat sendiri oleh orang yang terlibat memberi rasuah. 

“Jadi tidak wajar kalau disebut sebagai tohmahan sebelum siasatan bermula,” katanya.

Aminuddin turut memberi peringatan bahawa kenyataan awal seperti itu hanya melemahkan keyakinan rakyat terhadap komitmen negara dalam memerangi rasuah.

“Yang lebih membimbangkan nanti apabila kesimpulannya adalah No Further Action (NFA). Kalau begini keadaannya maka sampai bila pun isu rasuah tidak akan dapat dibanteras.”

Beliau turut menyelar tindakan melaungkan integriti dan tatakelola sedangkan pendekatan terhadap kes ini tidak menggambarkan kesungguhan yang sama.

“Lebih baik jangan laungkan perkataan tatakelola. Renungkanlah,” katanya. 

Terdahulu, Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan menjalankan siasatan berhubung tohmahan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil mereka yang terlibat bagi tujuan mengumpul bukti-bukti yang diperlukan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sentimen kaum, agama: “Yang selalu bawa isu ini geng kamu” – Isham bidas Anwar

Next Post

Hampir 3 juta terjejas akibat banjir di selatan Thailand

Related Posts