Dokumentasi Kampung Baru Cina di RTM? Cadangan tak sesuai, guris hati bekas tentera 

BANGI, 4 JAMADILAKHIR – Presiden Gabungan Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong supaya RTM menyiarkan dokumentasi berkaitan Kampung Baru Cina (KBC) sebagai tidak wajar dan boleh menyinggung perasaan para veteran yang pernah berjuang menentang komunis.

Katanya, sensitiviti sejarah perlu diutamakan kerana kewujudan Kampung Baru Cina sendiri berakar daripada strategi penjajah British bagi membendung ancaman komunis di Tanah Melayu.

“Pada pandangan saya cadangan supaya RTM menyiarkan dan memasyhurkan Kampung Baru Cina (KBC) tidak berapa sesuai. Malah ia mungkin membuatkan sebahagian dari bekas-bekas tentera berasa terguris hati,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa latar belakang sebenar pembentukan Kampung Baru perlu difahami secara tepat.

“Ini kerana sejarah wujudnya KBC ini adalah inisiatif penjajah untuk mengekang fahaman komunis di kalangan masyarakat Cina. Oleh itu orang-orang Cina telah ditempatkan di kawasan-kawasan khas tanpa dibenarkan pengaruh komunis masuk. 

“Mereka diberikan segala kemudahan, bukan diseksa atau didera. Mereka dilayan dengan baik oleh penjajah,” katanya. 

Haji Aminuddin turut mengingatkan bahawa banyak kawasan Kampung Baru Cina dibina di atas Tanah Rizab Melayu, yang sehingga kini belum diganti seperti diperuntukkan dalam undang-undang.

“Satu lagi rakyat kena ingat, kebanyakan KBC ini terletak di Tanah Rizab Melayu yang berjumlah ratusan ribu ekar. Sehingga hari ini TRM ini masih belum diganti sebagaimana yang dikehendaki dalam Akta.”

Jelasnya, orang Melayu telah berkorban tanah demi keamanan negara dan kehidupan masyarakat ketika itu, namun para veteran yang mempertaruhkan nyawa dalam peperangan menentang komunis masih ramai yang tidak menerima hak-hak yang dijanjikan.

“Maknanya orang Melayu sanggup berkorban tanah untuk masyarakat Cina. Walhal hari ini ramai bekas-bekas askar yang berjuang melawan komunis dan ada yang terkorban serta cedera, tidak memiliki tanah seperti yang dijanjikan kerajaan. 

“Begitulah toleransinya orang Melayu,” katanya. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PRN Sabah: 85 laporan polis diterima sepanjang tempoh kempen

Next Post

PRN Sabah: Pertarungan yang sukar diramal

Related Posts
SELASA, 14 DISEMBER – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan…
Read More