Orang Melayu berdepan bahaya hilang negara akibat terlepas pegangan tanah

BANGI, 29 JAMADILAWAL – Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa bahaya yang sedang dihadapi orang Melayu ialah kehilangan negara sendiri apabila tanah dan kawasan penting semakin terlepas daripada pemilikan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keadaan ini berlaku kerana sebahagian daripada Semenanjung sudah terlepas daripada pegangan orang Melayu, termasuk semua kawasan bandar yang menurutnya sudah tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu.

Beliau menjelaskan bahawa bandar-bandar kini membesar tiga hingga empat kali ganda, dan kawasan pinggir bandar yang menjadi sebahagian daripada bandar juga tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu kerana tanah telah dijual.

“Calon Melayu tidak boleh bertanding di kawasan bandar apabila pemilikan kawasan itu bukan lagi berada di tangan orang Melayu.

“Bekas ladang-ladang besar milik penjajah, kawasan perumahan mewah, kawasan industri, taman tema, ladang pertanian dan lombong turut tidak lagi dimiliki orang Melayu,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa hampir keseluruhan Pulau Pinang tidak lagi berada dalam pemilikan Melayu.

Menurutnya, kehilangan tanah menyebabkan kawasan pilihan raya Melayu berkurangan, dan keadaan menjadi lebih buruk apabila orang Melayu enggan mengundi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata perpecahan dalam kalangan orang Melayu menyebabkan tidak ada parti Melayu yang mampu menang kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Jika orang Melayu bersatu dan meletakkan hanya satu calon bagi setiap kawasan, besar kemungkinan calon tersebut akan menang, lebih-lebih lagi jika semua pengundi keluar mengundi.

“Penyelesaian kepada masalah yang dihadapi orang Melayu ialah penyatuan. Katanya, orang Melayu perlu mengetepikan parti atau NGO dan berada di bawah satu payung besar sebagai orang Melayu yang berjuang untuk menyelamatkan Tanah Melayu sebagai Tanah Melayu,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bencana alam badai khemah pelarian Gaza

Next Post

Bantuan kecemasan The Rightful Gift bernilai RM2.8 juta tiba di Gaza

Related Posts