Banyak payung besar punca perpecahan Melayu – Dr Mahathir

BANGI, 22 JAMADILAWAL – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kewujudan beberapa ‘payung besar’ yang bertujuan menyatupadukan orang Melayu akhirnya membawa kepada perpecahan bangsa itu sendiri.

“Sejak konsep payung besar dicadang ramai orang Melayu menerimanya sebagai cara menyatupadu mereka.

“Pemimpin-pemimpin pun sokong. Dan mereka pun mengadakan payung besar,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kini sudah ada beberapa payung besar yang diwujudkan bagi tujuan perpaduan Melayu.

“Sekarang sudah ada empat lima payung besar yang bertujuan menyatukan orang Melayu. Dan kempen pun diadakan untuk menarik sokongan orang kepada payung besar-payung besar ini,” katanya.

Katanya lagi, keadaan itu menyebabkan rakyat terbahagi kepada beberapa kelompok dan akhirnya membawa kepada perpecahan.

“Rakyat boleh pilih. Maka terbahagilah rakyat di antara payung besar-payung besar ini. Semua payung-payung ini tidak dapat dipenuhi. Banyak kekosongan berlaku.

“Hasilnya ialah perpecahan orang Melayu. Sama seperti orang Melayu berpecah kerana parti politik yang banyak. Dengan adanya beberapa payung besar maka bukan perpaduan yang berlaku. Tetapi perpecahan,” katanya dalam kenyataan di Facebook. 

Dr Mahathir turut menyatakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul dalam penerimaan cadangan payung besar itu.

“Ada sesuatu yang tidak betul dengan penerimaan cadangan payung besar,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO khianati kemerdekaan, tunduk kepada AS – Tun M

Next Post

Spekulasi KJ jadi menteri: Tiada pemimpin wibawa lain?

Related Posts