Ireland sertai gesaan haramkan Israel dari bola sepak Eropah

DUBLIN, 19 JAMADILAWAL –  Ireland menyertai semakin banyak negara yang menggesa agar Israel diharamkan menyertai pertandingan bola sepak kelab dan antarabangsa di Eropah.

Lewat malam Sabtu lalu, Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) meluluskan usul untuk mengemukakan resolusi rasmi kepada UEFA, bagi mendesak penggantungan semua kelab dan pasukan kebangsaan Israel dari kejohanan bola sepak Eropah.

Langkah itu susulan cadangan kelab Bohemians yang berhujah bahawa Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) melanggar peraturan UEFA kerana gagal menegakkan dasar anti perkauman serta membenarkan penubuhan “kelab di penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki” tanpa kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Palestin.

Dalam mesyuarat FAI, seramai 74 ahli mengundi menyokong usul berkenaan, tujuh menentang dan dua berkecuali. Persatuan itu kemudian mengesahkan keputusan tersebut dalam kenyataan kepada media Ireland.

“(FAI akan) mengemukakan usul rasmi kepada Jawatankuasa Eksekutif UEFA bagi meminta penggantungan segera terhadap Persatuan Bola Sepak Israel dari semua pertandingan UEFA kerana melanggar dua peruntukan bebas dalam perlembagaan UEFA,” menurut kenyataan itu.

Resolusi Ireland dibuat susulan gesaan serupa dari beberapa negara ahli UEFA lain, termasuk Norway dan Turkiye, yang turut mendesak Israel diharamkan daripada kejohanan bola sepak Eropah.

Kedua-dua negara itu merujuk kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyimpulkan bahawa Israel melakukan jenayah genosid ketika perang ke atas Gaza.

September lalu, UEFA menangguhkan perbincangan mengenai larangan terhadap Israel selepas pengumuman pelan gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang diusahakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Ketika itu, laporan media menyebut bahawa mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif UEFA dijangka diadakan sebelum campur tangan Trump.

Jika UEFA mengundi untuk melarang Israel, langkah itu bakal meletakkan badan bola sepak Eropah berdepan ketegangan dengan Amerika Syarikat yang merupakan tuan rumah bersama Piala Dunia 2026.

Bagaimanapun, sebarang larangan di peringkat Eropah tidak akan menghalang Israel terus bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, yang berada di bawah kelolaan FIFA. – MIDDLE EAST EYE

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rumah ibadat haram: Ambil tindakan tegas kepada penceroboh, bukan beri pampasan

Next Post

Anwar alih ‘tiang gol’, gagal jawab dakwaan jeneral Thailand

Related Posts