BANGI, 15 JAMADILAWAL – Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada YAB Datoโ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, yang telah membuat cadangan kepada Kerajaan Persekutuan agar Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikembalikan ke Nilai sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita dan media sosial rasmi beliau.
Seruan ini disandarkan kepada faktor logistik serta keperluan rakyat Negeri Sembilan dan saya amat menghargai keprihatinan beliau terhadap kesejahteraan masyarakat.
Selain dari faktor logistik, sebagai ahli akademik dan pendidik dalam bidang perubatan, saya turut ingin menzahirkan kebimbangan yang serius dari sudut pendidikan perubatan dan penghasilan doktor yang selamat serta kompeten.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ
Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menetapkan bahawa sebuah hospital pengajar perlu mempunyai nisbah katil kepada doktor pelatih sekurang-kurangnya 4:1 bagi menjamin pendedahan klinikal yang mencukupi.
Nisbah ini menjadi penanda aras kepada kemampuan sesebuah hospital menampung jumlah pelajar serta menyediakan kes yang mencukupi untuk proses pembelajaran klinikal.
Bilangan katil bukan sekadar angka fizikal, tetapi penentu kepada kecukupan kes sebenar yang boleh dilihat, diperiksa dan dibincangkan oleh pelajar.
Tanpa bilangan katil yang mencukupi, pelajar akan menghadapi kesukaran mendapatkan pengalaman klinikal yang pelbagaiโterutama dalam disiplin utama seperti perubatan dalaman, pembedahan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi.
Sebagai perbandingan, Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) telah menetapkan nisbah 2:1, iaitu dua katil bagi setiap pelajar, bagi memastikan latihan klinikal yang optimum. UNISZA juga mendapat manfaat daripada kerjasama rapat dengan Hospital Sultanah Zahirah, sebuah hospital pakar penuh yang mempunyai kepelbagaian kes dan perkhidmatan sokongan yang lengkap.
Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia dirancang di bina di Kota Tinggi, namun Hospital Kota Tinggi sedia ada adalah sebuah hospital daerah tanpa perkhidmatan kepakaran.
Ketiadaan kepakaran ini menjadikannya tidak sesuai untuk menampung keperluan pengajaran klinikal pelajar perubatan USIM, terutama bagi latihan kepakaran dan pengurusan kes-kes yang kompleks. Kes-kes komplikasi akan dirujuk ke hospital besar yang lain. Ini mendatangkan kerugian kepada pelajar untuk mempelajari kes sebegini.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐จ๐ป๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ถ๐ป
Ada pihak yang membandingkan situasi USIM dengan universiti lain seperti IIUM dan USM, yang hospital pengajarnya (SASMEC dan HUSM) juga terletak agak jauh dari kampus utama. Namun, perbandingan ini kurang tepat. Kedua-dua hospital tersebut disokong oleh hospital negeri yang lengkap dengan kepakaran dan kemudahan modenโHospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan dan Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
๐ก๐ถ๐น๐ฎ๐ถ: ๐๐ธ๐ผ๐๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐ฆ๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฑ๐ฒ๐ฎ๐น
Nilai, sebaliknya, menawarkan persekitaran yang jauh lebih kondusif untuk hospital pengajar. Ia berdekatan dengan Hospital Tuanku Jaโafar Seremban, sebuah hospital rujukan negeri dengan pelbagai kepakaran.
Tambahan pula, populasi Nilai yang mencecah 119,613 orang adalah hampir dua kali ganda lebih ramai berbanding Kota Tinggi (sekitar 60,000 orang). Ini bermakna terdapat lebih banyak variasi kes klinikal untuk pelajar belajar, memerhati dan menganalisis.
Kawasan cadangan tapak hospital USIM sekarang juga berada di kawasan gugusan felda mungkin tidak dapat menyediakan kepelbagaian kes obstetrik, ginekologi dan pediatrik yang mencukupi kerana komuniti Felda kini didominasi oleh populasi lebih berusia, bukan keluarga muda.
๐ง๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ด๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐
Hospital pengajar bukan sekadar projek fizikal atau pemangkin pembangunan ekonomi setempat; ia adalah teras utama kepada jaminan kualiti latihan doktor masa hadapan.
Pandangan bahawa hospital pengajar wajar ditempatkan di kawasan luar bandar untuk merancakkan pembangunan adalah kurang tepat sekiranya ia menjejaskan fungsi akademik dan keberkesanan latihan klinikal. Keutamaan harus diberikan kepada fungsi pendidikan dan keselamatan pesakit, agar pelajar dapat menjalani latihan komprehensif yang berasaskan kepelbagaian kes sebenar.
Akhirnya, kita harus memastikan bahawa pelaburan besar negara dalam projek ini dimanfaatkan sebaiknya. Nilai bukan sahaja strategik dari segi logistik, tetapi juga memenuhi prasyarat akademik dan klinikal untuk menghasilkan doktor yang bukan sahaja kompeten, tetapi juga beretika, berjiwa rakyat dan mampu berkhidmat kepada seluruh masyarakat.
Oleh: Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, Profesor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
*Penulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian TV Pertiwi*
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi