Masalah sosial remaja takkan selesai jika ibu bapa ‘lepas tangan’ 

Isu masalah sosial dalam kalangan remaja kebelakangan ini kerap menjadi tumpuan, namun ramai yang cepat menyalahkan institusi pendidikan atau sekolah.

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah Ashari menegaskan, tanggungjawab mendidik anak perlu bermula daripada ibu bapa. 

Beliau berkata, ibu bapa adalah insan pertama yang menyayangi, menyantuni, dan meletakkan neraca kehidupan yang jelas kepada anak-anak.

“Daripada kecil, ibu bapa harus menanam nilai dan kefahaman yang sepatutnya anak tahu. Tanggungjawab mendidik anak bukan semata-mata di sekolah,” katanya menerusi video pendek di media sosial.

Dr Fadilah turut mengingatkan mengenai doa yang sering diamalkan umat Islam dalam membentuk zuriat yang soleh.

“Rabbana hablana min azwajina wa zuriyatina qurata a’yun wa ja’alna lil muttaqina imama. Doa ini bukan sekadar memohon zuriat sebagai penyejuk mata, tetapi juga dikaitkan dengan pembentukan pemimpin ummah,” jelasnya.

Beliau menegaskan, perubahan masyarakat bermula daripada diri sendiri dan anak-anak. 

Jika ibu bapa berjaya mendidik anak menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, ia akan memberi kesan positif kepada masyarakat Islam secara keseluruhan.

“Setiap ibu bapa ada misi tersendiri. Jika kita bertanggungjawab membina anak sebagai generasi pemimpin, Insya-Allah lahirlah generasi yang mampu membawa kebenaran dan kebaikan,” ujarnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Melayu akan merempat jika orang lain jadi tuan’

Next Post

Remaja 14 tahun dituduh bunuh rakan sekolah 16 tahun

Related Posts