Gubal Akta Kanak-Kanak, wujudkan hukuman lebih setimpal – Dr Fadilah

BANGI, 25 RABIULAKHIR – Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah Ashari mencadangkan supaya Akta Kanak-Kanak 2001 dikaji semula bagi menangani jenayah berat yang dilakukan golongan remaja atau mereka yang dikategorikan sebagai bawah umur.

Beliau berkata, penggubalan akta itu terutama dari aspek memperuntukkan hukuman lebih berat adalah wajar supaya ia setimpal dengan perbuatan jenayah berat yang dilakukan golongan terbabit.

Justeru, Dr Fadilah menggesa pihak bertanggungjawab sama ada dari kerajaan serta dalam kalangan pakar perundangan untuk menambah baik akta tersebut.

 “Rasanya kita baru saja tersentak dengan kes baharu iaitu kes rogol berkumpulan pelajar sekolah yang berlaku di sekolah dan hari ini kita dapat satu lagi berita kes pembunuhan di sekolah.

“Jadi kalau kita lihat remaja sekarang bukan nakal. Budak sekolah kalau beberapa tahun lepas kita lihat trend-trend  ini berlaku di Barat.

 “Pembunuhan, pergaduhan yang melibatkan remaja-remaja tetapi apa yang berlaku di Malaysia tak jauh dengan apa yang kita dengar di negara Barat . Apa yang membimbangkan kategori salah laku ini dah termasuk dalam jenayah yang berat,” katanya menerusi hantaran video berdurasi hampir tiga minit di media sosial.

Menurut Fadhilah,kes jenayah melibatkan jenayah terancang seperti rogol berkumpulan, ada yang merakam, ada yang menjual dan ada yang muatnaik di media sosial bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan.

“Kita semua tahu kanak-kanak apabila bawah usia 17 tahun melakukan kesalahan tertakluk di bawah akta kanak-kanak sedangkan kesalahan yang mereka lakukan di bawah Kanun Keseksaan seperti rogol, bunuh dan sebagainya.

 “Jadi saya mencadangkan adanya satu perbincangan yang besar di pihak perundangan untuk membicarakan isu akta kanak-kanak bagi pesalah di bawah umur 18 tahun untuk melihat kembali sama ada kita perlu ‘review point’ untuk mereka bertanggung jawab atau perlu mengelakkan mereka daripada akses  seperti orang dewasa,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kampung Sungai Baru diwartakan sebagai MAS sejak 1932, kata penduduk

Next Post

Jangan hanya tuding jari, pergilah mesyuarat PIBG

Related Posts