1. Satu demi satu kes melibatkan pelajar sekolah berlaku di negara kita. Semuanya adalah kes-kes berat. Ia adalah perlakuan pelajar jahat, bukan perlakuan pelajar nakal. Ia bukan kebetulan, tapi ia adalah petanda sistem pendidikan ada krisis.
2. Allah tunjuk supaya kita insaf, bukan sekadar untuk menjatuhkan hukuman. Tidak perlu salah menyalah, tapi bersamalah baiki keadaan. Ibu bapa, guru, murid, anggota masyarakat, kementerian, menteri … semua ada peranan dalam isu ini. Tetapi tidak dinafikan yang bersalah perlu bertanggungjawab.
3. Beberapa kali bengkel di Pusat Pendidikan al Hikmah menyimpul dan menyenaraikan 10 permasalahan pelajar paling utama. Apa yang berlaku sekarang mengiyakan senarai tersebut.
4. 10 permasalahan utama pelajar tersebut saya kongsikan di sini sebagai perkongsian:
a. Penguasaan ilmu fardhu ain, fardhu ain dan pengetahuan am yang lemah
b. Masalah dalaman keluarga yang mengakibatkan kekosongan emosi
c. Pengaruh rakan sebaya yang bermasalah sehingga menggalakkan penglibatan dalam ‘dark web’ dan menjadi mangsa ‘sexual grooming’
d. Tenggelam dalam media sosial hingga menyebabkan perubahan adab dan cara fikir
e. Kecanduan digital seperti game dan sebagainya lalu memberi kesan kepada kesihatan fizikal
f. Kecelaruan jati diri dan identiti – berada di fasa peralihan kanak-kanak ke dewasa
g. Pola pemakanan tidak sihat (makanan tidak berkhasiat) dan pengambilan bahan terlarang seperti vape
h. Perubahan hormon kerana ‘terbaligh awal’ akibat ransangan luar mendahului kematangan emosi
i. Akses kaunseling yang terbatas menyempitkan ruang untuk mendapat sentuhan pendidikan diri
j. Hobi melepak yang semakin meningkat samada fizikal atau online
5. Jika satu sahaja dari senarai di atas terkena kepada seorang pelajar pun sudah membimbangkan kita, apatah lagi jika lebih lima dari senarai masalah itu terkena kepada mereka.
6. Segala usaha pembaikan bermula dengan pengakuan kita ada masalah sebelum dari mengenal pasti masalah dan langkah pembaikan. Tapi kalau asyik menafikan wujudnya masalah atau mengecilkan saiz sebenar masalah, usaha pembaikan akan menemui jalan buntu. Pembongkaran bahawa banyak kes disorok bawah karpet selama bertahun membingkar kepada kita budaya yang rosak sudah menguasai dunia pendidikan kita.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)