Harap bukan Islam faham minuman keras haram bagi orang Islam

BANGI, 16 RABIULAKHIR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, mengharapkan kefahaman masyarakat bukan Islam bahawa minuman keras adalah haram bagi orang Islam.

Namun, beliau berkata pihaknya memahami yang minuman itu tiada halangan untuk orang bukan Islam.

“Nasihat saya khususnya kepada rakan-rakan yang beragama Islam untuk melihat kepada sensitiviti isu berkaitan arak ini kerana sudah jelas hukum ia haram.

“Pada rakan-rakan yang bukan beragama Islam pula, tidak ada halangan untuk mereka membenarkan (minum arak), tapi dalam konteks Islam, ia memang satu perkara yang telah diharamkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Seremban, hari ini.

Dr Mohd Na’im berkata, masyarakat perlu memahami dan menghormati sensitiviti agama serta budaya satu sama lain bagi pembentukan sebuah negara Madani yang aman damai.

Sementara itu, katanya umat Islam tidak sewajarnya menormalisasikan budaya berkaitan arak dalam apa saja acara diadakan.

Beliau menegaskan, mereka sepatutnya perlu lebih sensitif mengenai minuman keras yang jelas haram dalam Islam termasuk segala bentuk penglibatannya.

“Saya rasa dari sudut hukum tentang arak ini adalah jelas. Sudah tentu dalam keadaan semasa ini, kita tidak mahu arak ini dinormalisasikan.

“Jadi, kena tahu mana yang boleh dan mana yang tidak boleh,” katanya mengulas tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz yang membuat semburan arak bagi meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) di Grand Prix Singapura, Ahad lalu.

Tengku Muhammad Taufik kemudian membuat permohonan maaf selepas video aksinya membuat acara semburan minuman keras itu tular.

Dr Mohd Na’im meminta semua pihak menjadikan pihak berkuasa, terutama golongan agamawan sebagai rujukan bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Freedom Flotilla Coalition: 9 aktivis Malaysia ke Gaza ditahan tentera Israel

Next Post

UMNO, PN perlu bersatu jadi kuasa semak dan imbang – Presiden BERJASA

Related Posts