Misi Global Sumud Flotilla contoh semangat persaudaraan tanpa batas – Agong

BANGI, 11 RABIULAKHIR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah Global Sumud Flotilla (GSF) adalah misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan termasuk golongan warga emas, wanita serta kanak-kanak. 

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap sukarelawan yang terlibat di dalam GSF, termasuk rakyat Malaysia yang sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

Sultan Ibrahim bertitah, misi GSF adalah contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Mereka hanya dalam misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat.

“Pada hari ini, saya mendapatkan taklimat terkini mengenai perkembangan semasa GSF termasuk usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia dalam membebaskan sukarelawan kita.

“Semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office, hari ini. 

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Turut hadir, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pelan Damai Trump bukan tawaran, tapi ancaman – Dr Mahathir

Next Post

Konvensyen tolak RUU URA, gesa hak pemilik diutamakan

Related Posts