Politik berasaskan kepentingan diri ancaman masa depan negara

BANGI, 8  RABIULAKHIR – Presiden Identiti, Islah Wahyudi Zainudin menegaskan bahawa perjuangan politik berasaskan kepentingan diri sendiri akan merosakkan masa depan negara dan mengancam identiti bangsa. 

Katanya, rakyat akan menjadi mangsa putar belit politikus jika asas negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan sejarah orang asal tanah air, diabaikan.

“Inilah bahana apabila perjuangan tu berteraskan kepentingan diri sendiri, bukannya berteraskan fakta dan berkiblat agama, bangsa dan negara.

“Esok lusa politikus putar belit, kita juga terlopong. Kita bukan bangsa orang putih. Bukan negara UK. Kita dah merdeka dari Dickson,” kata Islah.

Beliau menegaskan bahawa penjenamaan negara menentukan hala tuju generasi akan datang.

“Penjenamaan kita menentukan hala tuju pembinaan negara bangsa kita untuk generasi kita akan datang, untuk 1000 tahun akan datang.

“Kalau bergantung kepada politikus tanpa berpegang pada Perlembagaan Persekutuan dan sejarah orang asal negara ini, nescaya akan ada politikus yang cuba mengubah identiti negara ini mengikut selera tekak politik mereka sendiri,” jelasnya. 

Islah juga menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkaitan sejarah negara yang mesti berasaskan fakta hasil penyelidikan, bukannya naratif Barat atau bekas penjajah. 

“Ia sangat relevan sebagai peringatan kepada rakyat supaya tidak mudah terikut naratif yang boleh mengubah identiti negara,” katanya.

Terdahulu, Anwar berkata, usaha membina semula naratif sejarah Malaysia adalah penting, sambil menegaskan bahawa ia tidak seharusnya ditulis oleh bekas penjajah.

” Sejak sekian lama, saya masih ingat sekitar tahun 1961, antara ahli sosiologi terkemuka negara kita Profesor Hussein Al-Attas, telah menulis satu makalah penting dalam Persidangan Sejarawan Asia, beliau mahu berlaku jujur kepada negara kita, warisan kita, sejarah kita tidak boleh diatur oleh bekas penjajah.

“Sejarah kita tidak boleh digambarkan seolah-olah hanya berkisar tentang hamba di negara ini. Kita pernah ada tamadun, kita pernah berpeluang menjadi rakan dagang utama,” kata Anwar.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jika pekerja Bangladesh fasih berbahasa Melayu, apa masalah kita?

Next Post

“Menteri patut tumpu isu lori, bukan sekadar kerusi kanak-kanak”

Related Posts