“Mengapa tak tangguh dulu, kita duduk bincang semula” – Hamzah

BANGI, 5 RABIULAWAL – Pembangkang tidak pernah menolak cadangan kerajaan berhubung dasar perumahan mampu milik, sebaliknya hanya meminta ditangguhkan untuk perbincangan lebih mendalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan pendirian pembangkang yang bersedia menyokong cadangan kerajaan jika perincian dapat diperhalusi.

“Dalam isu perumahan mampu milik, saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Tambun bahawa tujuannya ialah untuk kepentingan rakyat, supaya semua rakyat berpeluang memiliki rumah. Syabas, tahniah.

“Tetapi saya ingin perbetulkan, apabila dikatakan kami di sebelah sini menolak Rang Undang-Undang (RUU) yang dibentangkan, itu tidak benar. Kami bukan menolak cuma minta ia ditangguhkan supaya dapat dibincangkan semula

“Persoalan saya, mengapa tidak ditangguhkan dulu? Kita duduk bincang semula. Insya-Allah, selepas perincian dibuat, kami akan sokong,” ujarnya.

Ahli Parlimen Larut mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH–Tambun) pada Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah berkata, pembangkang tidak pernah menggunakan bahasa maki hamun dalam perbahasan, sebaliknya mahu memastikan setiap dasar yang diperkenalkan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut membangkitkan beberapa isu teknikal yang perlu diteliti, antaranya soal ‘threshold’ atau ambang tempoh pinjaman yang disifatkan tidak realistik.

“Rakyat ada yang membuat pinjaman sehingga 35 tahun. Kalau undang-undang membenarkan pengambilan semula selepas 30 tahun, ia akan menimbulkan masalah besar kepada pemilik rumah. Itu perkara yang mesti diperhalusi,” katanya merujuk kepada Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA).

RUU URA yang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, petang ini oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dikatakan bagi memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif.


Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU URA: Kerajaan angkuh, tidak peduli pandangan rakyat

Next Post

PM mahu RUU URA dilakukan, tidak mahu Melayu hidup merempat

Related Posts