Pekerja sambilan pun perlu dibayar gaji minimum

BANGI, 29 SAFAR – Perintah gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 yang berkuat kuasa sejak 1 Februari lalu turut terpakai kepada pekerja sambilan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, pelaksanaan itu menetapkan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada seorang pekerja mengikut bulan, harian dan jam.

Menurutnya, perintah itu terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang memasuki kontrak perkhidmatan, termasuk pekerja sambilan yang didefinisi di bawah Akta Kerja 1955.

“Perintah Gaji Minimum 2024 telah mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.

“Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) memperuntukkan mana-mana majikan yang tidak mematuhi perintah gaji minimum yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan penalti,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang ingin tahu sama ada Kementerian Sumber Manusia melaksanakan kadar gaji minimum per jam bagi kerja sambilan dan apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap majikan jika berlaku sebarang pelanggaran berhubung isu terbabit.

Dalam jawapannya, Sim berkata bagi tempoh antara 2021 sehingga Jun tahun ini, sebanyak 307 tindakan pendakwaan dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak berkaitan Perintah Gaji Minimum.

Katanya, secara keseluruhan ia membabitkan nilai denda sebanyak RM474,100.

“Bagi kategori kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja.

“Bagi kesalahan am, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja, manakala bagi kesalahan berterusan, tidak melebihi RM1,000 setiap hari selepas sabitan.

“Bagi kes kesalahan berulang, denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramai kanak-kanak kurang zat akan mati dalam operasi di Bandar Gaza 

Next Post

Dr Akmal didakwa bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan

Related Posts