Guru mengaku tidak bersalah sebar hantaran palsu berkaitan kes Zara Qairina

BANGI, 28 SAFAR – Seorang guru Bahasa Inggeris dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas pertuduhan menyebarkan hantaran palsu di aplikasi TikTok berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, awal bulan ini.

Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, Siti Hajar, didakwa memuat naik kenyataan melalui akaun TikTok miliknya dengan nama pengguna SHA Abrienda di pautan @btsarmyshas07 pada jam 1.20 petang, 6 Ogos lalu.

Hantaran itu kemudian dilihat dan didengar seorang anggota polis, Wong Yew Zhung, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sepang, yang boleh menimbulkan kegentaran awam serta mendorong orang lain melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam Zaiful Bahrain yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan minimum dikenakan dengan alasan anak guamnya berkhidmat sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam rayuan, katanya tertuduh yang berpendapatan kira-kira RM5,000 sebulan mempunyai tanggungan seramaI lima orang, termasuk tiga yang masih bersekolah serta ibu bapanya yang uzur.

“OKT (orang kena tuduh) tidak pernah dituduh sebelum ini, menyerah diri kepada polis dan hadir sendiri ke mahkamah. Maka tiada risiko melarikan diri,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar, pula memohon mahkamah mengenakan jaminan bersesuaian dengan mengambil kira sifat kesalahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Oktober depan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM cadang CCTV AI di lokap, siaran langsung perbicaraan rasuah

Next Post

Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terbabit kemalangan di Kuantan

Related Posts