Pelajar Tingkatan Tiga cedera dipukul, nyaris dijerut dawai

PASIR MAS, 27 SAFAR – Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berdepan detik cemas apabila dipukul, seluar dilondeh dan hampir dijerut dengan dawai oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Empat, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu hanya disedari selepas seorang guru melalui kawasan berkenaan.

Ibu saudara mangsa menerusi Facebook mendakwa anak saudaranya ditampar, dipukul dan seluar dilondeh.

“Anak saudara saya ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.

“Jika guru tidak lalu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli.

“Malam tadi enam keluarga datang rumah mak abah saya minta kami tarik kes. Saya minta tolong supaya keluarga pembuli berkenaan tidak meminta adik saya menarik kes ini.

“Semua pembuli itu baru Tingkatan Empat, namun boleh berfikir dan melakukan sampai tahap ini. Apa akan jadi bila mereka berusia 20 tahun?,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, enam pelajar berusia 16 tahun telah ditahan susulan kejadian tersebut dan proses tahanan reman dilakukan pagi ini.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas ini,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Saya akan lawan dan minta dibicarakan’- Ketua Armada Bersatu

Next Post

Kes Zara Qairina: 5 remaja mengaku tidak bersalah guna perkataan mencela

Related Posts