Polis tahan suspek menyamar doktor bedah siasat Zara Qairina

BANGI, 25 SAFAR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah mengenal pasti suspek yang menyamar sebagai doktor dalam bedah siasat Zara Qairina Mahathir. 

MCMC mengesahkan, suspek dikesan di Kota Damansara lewat malam tadi, berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada keterangan dua individu lain yang menyertai siaran langsung TikTok suspek.

Katanya, polis telah mengambil keterangan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan merampas peranti komunikasinya untuk dianalisis.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk direkodkan keterangannya,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

MCMC memberi amaran bahawa penyebaran maklumat palsu mengenai isu sensitif seperti kematian, tragedi atau mangsa kemalangan adalah satu kesalahan serius.

Tindakan itu boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, mengelirukan orang ramai dan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, akaun TikTok itu mendedahkan dalam satu siaran langsung, individu itu mendakwa hadir ketika bedah siasat Allahyarham pada 10 Ogos, tetapi semakan Kementerian Kesihatan mengesahkan dia bukan seorang pakar mahupun kakitangan kementerian terbabit.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes Zara Qairina: SUHAKAM gesa orang ramai jangan dedahkan identiti suspek

Next Post

Pelajar senior didakwa buli junior, JPN Melaka jalankan siasatan

Related Posts