Pelajar senior didakwa buli junior, JPN Melaka jalankan siasatan

BANGI, 25 SAFAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden membabitkan ‘hukuman sendiri’ oleh sekumpulan pelajar di sebuah asrama sekolah menengah, Sabtu lalu.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada interaksi tidak wajar antara pelajar ‘senior’ dan ‘junior’ yang menyebabkan ada kalangan mereka mengambil tindakan di luar batasan terhadap rakan.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN Melaka tidak akan berkompromi dalam isu ini, malah siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

“…tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan serta kebajikan murid sentiasa terpelihara,” katanya. 

Beliau menegaskan, pihaknya memandang serius perkara itu ia menyentuh aspek keselamatan, kebajikan serta hak pelajar untuk berada dalam suasana pembelajaran yang selamat, beretika dan kondusif.

Terdahulu, media melaporkan lebih 20 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Sungai Udang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior di asrama sehingga mengalami bengkak dan melecet di bahagian kaki, Sabtu lalu.

Mereka didawa dihukum dengan melakukan ‘jalan itik’ selama 30 minit, manakala beberapa pelajar lain dikenakan ketuk ketampi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 3 pagi selepas semua mereka diminta untuk berkumpul di koridor oleh pelajar senior selepas didapati pulang lewat ke asrama.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polis tahan suspek menyamar doktor bedah siasat Zara Qairina

Next Post

Cyprus hantar 1,200 tan bantuan kemanusiaan untuk Gaza

Related Posts