RUU Antibuli perlu segera digubal – Muhyiddin

BANGI, 24 SAFAR – Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan supaya menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli yang mengenakan hukuman berat terhadap pembuli dan mana-mana pihak yang cuai dalam melindungi keselamatan pelajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi di negara ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, RUU itu memastikan kerangka undang-undang dan dasar yang jelas boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi pelajar daripada tindakan penganiayaan, sama ada berbentuk fizikal atau emosi yang menjejaskan keselamatan diri dan nyawa.

Menurutnya, semua pihak mesti bersama-bersama memerangi budaya buli yang masih berleluasa pada masa ini. 

“Ia umpama gajah di dalam bilik, terutamanya di sekolah-sekolah berasrama. Jangan kita biarkan amalan buruk dan jahat yang menjejaskan keselamatan dan nyawa anak-anak ini berterusan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempercepatkan prosiding inkues berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir.  

Beliau berkata, prosiding inkues perlu dijalankan secara telus, menyeluruh dan berpaksikan undang-undang demi mencari kebenaran dan keadilan.

“Insiden buli yang menyebabkan kecederaan dan kematian pelajar tidak boleh dipandang ringan.

“Malah ia tidak harus dibiarkan menjadi budaya terutamanya di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara kita,” katanya yang menyatakan tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil untuk memastikan kejadian menyayat hati itu tidak berulang.

Pada masa samna, beliau mendoakan agar kedua ibu-bapa dan ahli keluarga arwah Zara Qairina tabah menghadapi dugaan getir kehilangan insan tersayang.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai lalu selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Arahan Loke terhadap Akmal isu Jalur Gemilang terbalik berlebih-lebihan – PAS

Next Post

Kerajaan nafi dakwaan cuba tutup kes Zara Qairina

Related Posts