Tindakan Akmal di Kepala Batas satu bentuk buli, ugutan – DAP

BANGI, 21 SAFAR – Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengetuai perarakan dan demonstrasi di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam adalah satu bentuk buli dan ugutan, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Dalam kenyataan hari ini, Loke berkata, Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara akan membuat laporan polis untuk menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin UMNO itu.

Katanya, laporan akan dibuat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 (kerana mengeluarkan kenyataan mengaibkan dengan niat membangkitkan kekacauan) serta Seksyen 505 akta sama kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Menurut Loke, laporan polis juga akan dibuat di bawah Sksyen 507B Kanun Keseksaan kerana menyebabkan mangsa mengalami gangguan, ketakutan dan kebimbangan dan 507C akta sama kereana mengeluarkan kata-kata yang berkemungkinan menyebabkan masa terganggu, takut dan bimbang.

“DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Akmal Salleh mengetuai perarakan dan demonstrasi di depan sebuah kedai logam di Kepala Batas semalam walaupun amaran dari Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang telah dikeluarkan.

“Tindakan tersebut merupakan satu bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga terbabit walaupun siasatan masih dijalankan dan beliau telah memohon maaf terhadap kesilapan pemasangan bendera,” katanya.

Semalam, media melaporkan lebih 500 anak muda terdiri daripada Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan PAS menyertai perhimpunan yang berlangsung di Taman Bertam Permata di Kepala Batas pada petang.

Akmal menyifatkan Himpunan Solidariti Jalur Gemilang yang dianjurkan bukan bersifat untuk membuli sebaliknya membuka mata semua bahawa isu berkaitan Jalur Gemilang membabitkan maruah rakyat.

Terdahulu, pihak Polis DIraja Malaysia (PDRM) menasihatkan supaya perhimpunan tersebut dibatalkan bagi mengelakkan pertembungan tidak sihat selain memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara.

Dalam pada itu, Loke berkata, tindakan Akmal tidak mengendahkan amaran pihak polis adalah satu perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam.

Menteri Pengangkutan itu berkata, situasi itu menyebabkan kegusaran peniaga di sekitar kawasan tersebut sehingga mereka terpaksa menutup perniagaan lebih awal.

“Perbuatan seperti ini adalah melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Hukuman setimpal perlu dijatuhkan terhadap perbuatan melampaui seperti ini,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konstabel maut, polis jejak lori hilang

Next Post

Smotrich lancar pelan penempatan untuk ‘kebumikan’ idea negara Palestin

Related Posts