‘Nak putus hubungan politik? Bring it on’, kata Akmal kepada DAP

BANGI, 21 SAFAR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan gesaan Pemuda DAP (DAPSY)  Pulau Pinang untuk memutuskan hubungan politik dengannya.

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, gesaan DAPSY Pulau Pinang itu bermaksud parti itu juga akan menamatkan hubungan politik dengan UMNO secara menyeluruh.

“Putus hubungan dengan saya (bersamaan) putus hubungan dengan pemuda UMNO (bersamaan) putus hubungan dengan UMNO.

“Ok, bring it on,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, DAPSY Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini menyifatkan tindakan Akmal dalam kaedah politiknya semakin melampau dan menjadi ancaman nyata kepada keharmonian nasional serta kedaulatan undang-undang.

DAPSY Pulau Pinang turut mendakwa Akmal bersikap ‘pilih bulu’ apabila tidak mempunyai pendirian sama apabila Pemuda UMNO Terengganu dan PAS turut melakukan kesalahan membabitkan Jalur Gemilang.

Dakwanya, meskipun UMNO berada bersama Kerajaan Perpaduan namun Akmal telah menjadi alat Perikatan Nasional (PN) yang mana tugas utamanya adalah untuk mencipta masalah dan menggugat pentadbiran kerajaan.

“Perbuatan sebegini tidak boleh dimaafkan dan menggesa DAP dan DAPSY Kebangsaan untuk memutuskan semua bentuk hubungan kerjasama politik dengan Akmal Saleh khususnya dalam PRU akan datang.

“Akmal Salah sering melaungkan slogan ‘patriotisme’, namun sebenarnya tengah memeralatkan isu tersebut sebagai modal politik murahan untuk kepentingan politik sendiri.

“Tindakan samseng Akmal Saleh telah mengancam ketenteraman masyarakat dan kebebasan berniaga rakyat,” dakwanya.

Media semalam melaporkan bahawa Himpunan Solidariti Jalur Gemilang tetap diteruskan meskipun selepas pihak PDRM menasihat untuk membatalkannya.

Menurut Akmal, himpunan itu dianjurkan bukan untuk membuli sebaliknya bertujuan membuka mata semua pihak supaya memandang serius dalam isu berkaitan pengibaran Jalur Gemilang.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selagi tiada penguatkuasaan tegas, kes bendera terbalik akan berulang

Next Post

Dulu Melayu sanggup korban sistem pendidikan demi perpaduan – Aminuddin

Related Posts