Dulu Melayu sanggup korban sistem pendidikan demi perpaduan – Aminuddin

BANGI, 21 SAFAR – Presiden Nasionalis, Haji Aminuddin Yahaya mempersoalkan mengapa hanya orang Melayu sanggup mengorbankan sistem pendidikan mereka demi perpaduan, sedangkan kaum lain masih berpegang kepada sekolah vernakular.

Katanya, Sekolah Kebangsaan diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 bagi memastikan semua pelajar tanpa mengira bangsa berada dalam satu sistem pendidikan yang sama, dengan harapan rakyat akan bersatu dan tragedi itu tidak berulang.

“Sebelum peristiwa ini, sekolah di negara ini mempunyai pelbagai aliran – Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Ada juga sekolah aliran Inggeris. Perbezaan sistem persekolahan yang sengaja dibina oleh penjajah Inggeris ini adalah untuk memecahbelahkan kaum di negara ini. Hasilnya timbul satu sentimen negatif antara kaum.

“Menyedari hal ini maka kerajaan ketika itu telah memansuhkan Sekolah Melayu dan memasukkan semua ke Sekolah Kebangsaan. Orang Melayu patuh dan sedia berkorban demi penyatuan. 

“Malangnya kaum Cina dan India enggan, atas alasan mereka mahu mengekalkan bahasa dan budaya mereka. Maka berlarutanlah sampai sekarang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Haji Aminuddin turut mempersoalkan siapa sebenarnya yang enggan bersatu dan siapa yang rasis.

“Persoalannya, orang Melayu sanggup mengorbankan sistem pendidikan mereka demi mahu mencapai hasrat kerajaan untuk menyatukan semua kaum tetapi kenapa kaum lain tidak? Jadi siapa yang enggan bersatu? Melayu atau bukan Melayu? Siapa yang rasis?

“Jadi apabila ada anak Melayu pergi ke sekolah vernakular ini ia sebenarnya telah menggagalkan aspirasi kerajaan untuk menyatukan semua kaum. 

“Bacalah sejarah dan telitilah kajian-kajian yang telah banyak dibuat oleh pelbagai pihak. Jangan main sentimen kerana sentimen inilah yang akan merosakkan negara,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Nak putus hubungan politik? Bring it on’, kata Akmal kepada DAP

Next Post

Mencegah buli perlu serius, bukan sekadar ‘melatah’ – pakar pendidikan

Related Posts