Anwar sedia mohon maaf kepada Muhyiddin jika terbukti sumber tidak sahih

BANGI, 20  SAFAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya terbukti kenyataan yang dibuat terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu di Parlimen baru-baru ini adalah daripada sumber tidak sahih.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, perkara ini masih dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya telah bawa kepada SKMM untuk dapatkan semua keterangan yang berkenaan dan saya tidak ada masalah.

“Kerana kalau dia dipastikan tidak ada sumber yang sahih, itu satu kesilapan. Saya tidak ada masalah,” katanya dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid sama ada Perdana Menteri bersedia untuk memohon maaf kepada Muhyiddin atas kenyataan yang dibuat di Parlimen.

Rosol turut bertanya sama ada permohonan maaf itu juga akan dibuat terhadap dirinya kerana menyatakan Ahli Parlimen pembangkang itu tidak membuat ‘homework’.

Minggu lalu, Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Anwar telah mengarahkan SKMM untuk menyiasat berhubung penafian Muhyiddin.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa Muhyiddin bukan disiasat oleh SKMM.

Katanya, tindakan SKMM hanya untuk mengesahkan kesahihan fakta berkait kenyataan yang telah dibuat.

“Ada yang salah faham kata SKMM siasat Pagoh (Muhyiddin). Tidak, saya nak jelaskan.

“Saya kata sumber ini dari satu, dua, tiga. Tolong siasat satu, dua, tiga ini apakah sahih atau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar.

“Tetapi biar tunggu keputusan SKMM dulu,” tambah beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas anak diserang, isteri terima ugutan – Rafizi

Next Post

Kecewa dengan layanan, pelajar universiti awam warga asing mengamuk di Kajang 

Related Posts