Gelar wartawan syahid sebagai militan, akhbar tempatan dikecam

BANGI, 19 SAFAR – Tindakan akhbar tempatan Sarawak Tribune menggelar wartawan Al Jazeera, Anas Al-Syarif yang syahid akibat serangan rejim Israel sebagai seorang militan mengundang kecaman ramai.

Laporan bertajuk ‘Militant using press cover eliminated’ – bermaksud militan menyamar sebagai petugas media dihapuskan – yang disiarkan pada 12 Ogos lalu itu menjadi tular apabila ia dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial hari ini.

Ramai mengutuk serta mempersoalkan mengapa media yang berpangkalan di Sarawak itu menggunakan sumber Zionis untuk dijadikan tajuk berita sambil menyifatkan tindakan terbabit sebagai satu penghinaan kepada Anas dan petugas media yang syahid di Gaza.

Anas yang merupakan seorang wartawan Palestin dilaporkan syahid dalam serangan udara Israel terhadap khemah media yang terletak di kawasan Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza pada 10 Ogos lalu.

Serangan itu turut menyebabkan empat rakan sekerjanya – Mohammed Qreiqeh, Ibrahim Zaher, Mohammed Noufal dan Moamen Aliwa – serta dua individu lagi maut.

Serangan tidak berperikemanusiaan itu turut dikecam Al Jazeera serta badan-badan kewartawanan di seluruh dunia termasuk di Malaysia yang menyifatkan ia sebagai tindakan sengaja mensasarkan petugas media.

Laporan Sarawak Tribune memetik sumber kenyataan daripada tentera Israel yang mendakwa Anas sebagai seorang ahli Hamas – kenyataan yang telah dinafikan oleh Al Jazeera.

Sarawak Tribune mohon maaf

Susulan itu, Sarawak Tribune dalam kenyataan hari ini telah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk keluarga Anas susulan laporan tersebut.

“Kami mengambil maklum laporan bertarikh 12 Ogos berhubung kematian wartawan Al jazeera Anas Al Sharif.

“Sebagai diteliti, kami akui terdapat bahagian dalam artikel tersebut yang kurang jelas, tidak mendalam dan tidak cukup sensitif terhadap tragedi yang berlaku.

“Kami dengan penuh rasa kesal memohon maaf kepada keluarga Anas, rakan sekerja dan pembaca kami atas kesulitan atau kesedihan yang telah timbul,” katanya.

Dalam pada itu, Sarawak Tribune turut nafi dakwaan bahawa syarikat media itu mengangkat naratif Zionis.

“Kematian Anas menjadi peringatan kepada risiko seorang wartawan dalam mendedahkan kebenaran kepada dunia. 

“Kami mempertahankan hak kebebasan bersuara dan kami akan mengambil langkah mengukuhkan proses editorial supaya setiap laporan mencerminkan ketepatan, adil dan belas kasihan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MCMC siasat video didakwa persenda lagu Negaraku, dua individu dipanggil

Next Post

Abdul Hadi berpantun ‘kerajaan bebankan rakyat’, Rayer dan Zhemin melenting 

Related Posts