KPM arah lawatan mengejut ke sekolah, wajibkan laungan ‘Kami Benci Buli’

BANGI, 18 SAFAR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua pengarah pendidikan negeri dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melaksanakan lawatan mengejut ke sekolah, sebagai usaha membendung gejala buli.

Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad berkata, langkah itu termasuk pemeriksaan di sekolah berasrama pada waktu malam bagi memantau keadaan sebenar dan mendekati kehidupan pelajar.

“Mungkin kita kena turun tanpa ada perancangan dan tanpa diberitahu. Kita turun ke sekolah, tengok keadaan sekolah, kita nak tengok nature sekolah itu macam apa berlaku. Kita mungkin turun malam nak tengok di asrama,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Selain itu, katanya, KPM turut mengarahkan semua pengetua dan guru besar mewajibkan laungan “Kami Benci Buli” sebelum dan selepas sesi persekolahan, sebagai sebahagian daripada kempen memerangi budaya tidak sihat itu.

Mohd Azam menjelaskan, laungan tersebut bertujuan membentuk kesedaran dan menanamkan rasa benci terhadap perlakuan buli dalam kalangan murid dan pelajar.

Beliau turut memaklumkan, kementerian akan menambah baik ciri keselamatan di sekolah, khususnya sekolah berasrama, termasuk penambahan kamera litar tertutup (CCTV) dan bilangan warden.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak termasuk guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat agar bersama memastikan keselamatan pelajar, terutama pada waktu malam.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Peguam Zara Qairina tahan diri ulas laporan bedah siasat

Next Post

Dua peninju Jepun maut akibat kecederaan otak

Related Posts