Bukit Aman ambil alih siasatan kes Zara Qairina, pasukan khas ke Sabah

BANGI, 18 SAFAR – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menghantar satu pasukan siasatan khas ke Sabah, bagi mengambil alih siasatan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataannya berkata, sembilan pegawai dan anggota JSJ sudah dihantar ke Kontinjen Sabah.

Menurut kenyataan itu, penghantaran pasukan petugas khas itu adalah sebahagian daripada komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.

“PDRM memandang serius setiap kes yang membabitkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional.

“Elakkan membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada minggu lalu, memberi jaminan bahawa siasatan terhadap kes Zara Qairina akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.

Selain itu, Anwar mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar memantau sendiri kes berkenaan.

Media sebelum ini, melaporkan bahawa Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Kematian pelajar tingkatan satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kes Zara Qairina: Nik Nazmi gesa Fadhlina tidak tuding jari kepada masyarakat

Next Post

Anggota tentera Indonesia maut dipercayai dipukul 20 senior

Related Posts