Usul undi tak percaya kepada PM: Pembangkang tidak mahu melangkaui `aturan’

BANGI, 13 SAFAR – Pembangkang akan menunggu keputusan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen sebelum membuat keputusan untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) tidak mahu melangkaui ‘aturan’ dan sebarang strategi perlu dirangka dengan teratur.

Menurutnya, PN mempunyai langkah-langkah apabila hendak melakukan sesuatu.

“Pertama, kita sudah buat untuk bawa YB (Yang Berhormat) Tambun (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kita nak tengok respon Speaker. 

“Selepas itu, baru kita bawa satu lagi (usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri). Tak boleh melangkaui ini sebab kita nak buat itu dulu,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung kenyataan mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad dan isu Pulau Batu Puteh.

PN sebelum ini memberi bayangan akan menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Johari dalam masa terdekat.

Minggu lalu, Anwar mencabar Hamzah untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya kerana sudah menunggu tiga tahun ia dibawa ke Parlimen.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polis akan tahan Eda Ezrin, lima lain selepas tiba di Kelantan

Next Post

Subsidi RON95: Muhyiddin saksi, bukan orang yang disiasat – MCMC

Related Posts