Polis akan tahan Eda Ezrin, lima lain selepas tiba di Kelantan

BANGI, 13 SAFAR – Polis akan menahan penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin dan lima yang lain sebaik mereka tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, penahanan itu bagi membolehkan polis mengambil keterangan mereka dan membuat ujian air kencing.

“Kita sudah menempatkan anggota polis untuk proses berkenaan di ICQS Rantau Panjang,” katanya, hari ini.

Bagaimanapun, katanya dua daripada enam individu terbabit yang masuk ke Thailand secara haram akan ditangkap mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1958/63.

Eda Ezrin bersama lima orang lain dijangka tiba di Balai Polis Sungai Golok di sini pada petang ini. Mereka perlu ke Balai Polis dan kemudian ke Depot Tahanan Imigresen Golok untuk urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.

Selepas sembilan bulan, mereka dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam.

Ini berikutan keputusan mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.

Bagaimanapun pada 6 Mac lalu, keenam-enam mereka dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perdana Menteri tak boleh ‘arahkan’ agensi untuk siasat isu peribadi – peguam

Next Post

Usul undi tak percaya kepada PM: Pembangkang tidak mahu melangkaui `aturan’

Related Posts