Pemikiran politik Khir Toyo sudah ketinggalan, bawa ‘kudis penyapu’ ke Bersatu – Puad

BANGI, 13 SAFAR – Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menyifatkan pemikiran politik bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, berhubung parti dominan sebagai jauh ketinggalan, baik dari segi realiti mahu pun taktikal. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, bekas Menteri Besar (MB) Selangor itu bercakap mengenai UMNO bukan lagi parti dominan di negara ini. 

“Dominan tidak semestinya UMNO mesti bertanding banyak kerusi dan menang majoriti dua pertiga.

“Hanya PAP Singapura masih kekal sebagai  “single dominant party” (parti dominan tunggal)  di dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, berkongsi kuasa di peringkat pusat dan mentadbir Johor, Melaka, Perak dan Pahang adalah permulaan baik untuk UMNO kembali dominan setelah hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. 

Sehubungan itu, katanya dominan dalam konteks kongsi kuasa perlu diberi definisi baharu, iaitu dominan dalam agenda rakyat, menteri berprestasi tinggi, berprinsip dan konsisten. 

Katanya, dominan tidak lagi bergantung kepada nombor semata mata.

“Justeru alasan Khir Toyo menyertai Bersatu dangkal dan menyimpang jauh daripada realiti “New politic” (politik baharu) hari ini.

“Dia sudah tidak lagi relevan dan tidak akan membawa nilai baru kepada Bersatu,” katanya.

Beliau berkata, politik hari ini memerlukan “wisdom” dan “trust” (kebijaksanaan dan kepercayaan), selain bukan mustahil untuk UMNO kembali dominan.

Katanya, masakan UMNO boleh memimpin Perak dan Pahang dengan kerusi yang kurang dan tidak mustahil boleh berlaku di Selangor. 

Mohd Puad menempelak Mohamad Khir yang menyertai Bersatu kerana tidak boleh menerima UMNO duduk di bawah ketiak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO tidak rugi sesen pun. Bawalah kudis “penyapu” ke dalam Bersatu. Akar umbi UMNO, penjawat awam, orang Melayu dan rakyat tidak lupa “legasi penyapu” Khir Toyo masa dia jadi MB dulu. Ia punca UMNO hilang kuasa di Selangor hingga ke hari ini.

Legasi penyapu merujuk kepada tindakan Mohamad Khir ketika menjadi Menteri Besar memberikan `Anugerah Penyapu’ kepada Yang Dipertua sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu pada 2007 kerana kutipan cukai rendah.

Malah, beliau mendakwa Mohamad Khir masih bernafsu untuk jadi calon dan menyertai Bersatu kerana kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding dalam PRU15.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketua Tentera Israel bantah perluasan perang Gaza

Next Post

AKPS tumpas lelaki India cuba seludup 2,500 kura-kura di KLIA1

Related Posts