Penstrukturan semula subsidi telur ayam berkuat kuasa esok

BANGI, 6 SAFAR – Kerajaan menstruktur semula subsidi telur ayam berkuat kuasa esok (1 Ogos) sebagai sebahagian daripada pendekatan penyasaran subsidi secara berfasa yang lebih lestari dan berimpak tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan bahawa pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan Telur Gred Khas yang akan ditawarkan pada harga lebih berpatutan.

Ini sebagai inisiatif segera untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kestabilan harga telur ayam.

“Rakyat juga boleh mendapatkan telur ayam dengan harga kompetitif melalui program Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah yang dilaksanakan secara meluas di seluruh negara, termasuk di premis jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” demikian menurut kenyataan KPKM Putrajaya, hari ini.

Menurut KPKM, keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira keyakinan terhadap keupayaan pihak industri memastikan pengeluaran telur ayam yang stabil dan mencukupi.

“Untuk makluman, antara Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan membelanjakan hampir RM2.5 bilion bagi menampung subsidi telur ayam.

“Ia satu jumlah yang besar dan bersifat sementara bagi membantu rakyat serta industri semasa krisis pandemik dan gangguan rantaian bekalan global,” menurut kenyataan itu.

Berikutan keadaan pasaran yang semakin stabil, KPKM menyatakan bahawa subsidi ini disusun semula agar lebih menyeluruh dan berfokus.

KPKM memaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan terus memperkukuh penguatkuasaan melalui pemantauan rapi mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang bentuk pencatutan atau manipulasi harga oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Langkah ini penting bagi memastikan harga yang dikenakan kepada pengguna kekal berpatutan dan adil,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan atau maklumat berkenaan isu bekalan atau harga telur ayam boleh disalurkan ke e-mel rasmi KPKM di [email protected] atau menerusi hotline KPKM di talian 03-8000 8000.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kekayaan luar biasa anak Dr Mahathir timbulkan persoalan, kata Anwar

Next Post

Trump sahkan hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Related Posts