Berang ditegur, pelajar ugut dan tumbuk guru

BANGI, 5 SAFAR – Sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang pelajar lelaki mengugut dan menumbuk seorang guru dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Kajang, kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu menunjukkan pelajar tingkatan dua tersebut bertindak agresif terhadap gurunya, dipercayai selepas ditegur kerana tidak hadir ke kelas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, guru lelaki berusia 29 tahun berkenaan membuat laporan berhubung kejadian pada 7.15 malam, lapor Berita Harian. 

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca apabila pelajar terbabit tidak menghadiri kelas Pendidikan Jasmani yang sepatutnya berlangsung di padang sekolah, sebelum ditegur oleh guru berkenaan.

“Perkara itu membuatkan suspek tidak berpuas hati lalu berlaku pergelutan antara mereka sehingga suspek mula mengugut dan menumbuk muka gurunya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Naazron berkata, kejadian tersebut turut disaksikan beberapa guru dan pelajar lain, malah rakaman insiden itu turut tular di media sosial.

Ujarnya, pelajar lelaki berusia 14 tahun itu telah ditahan semalam di sekitar Kajang dan kini direman selama dua hari sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan, dimana jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.

“Bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk pertuduhan di Mahkamah Kajang esok.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Wahid di talian 0135495236 bagi membantu siasatan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Himpunan Turun Anwar: Suara rakyat, isyarat yang belum difahami

Next Post

Gelombang tsunami tiba di Hawaii selepas gempa bumi gegar timur jauh Rusia

Related Posts