Netizen desak Fadhli Shaari mohon maaf hina usaha diplomatik Malaysia

BANGI, 4 SAFAR – Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memuat naik gambar tiga watak haiwan – kambing, biri-biri dan monyet – sebagai analogi kepada konflik Thailand-Kemboja, mengundang kecaman hebat netizen yang menganggap ia sebagai satu penghinaan terhadap usaha diplomatik Malaysia.

Ketua Penerangan PAS itu menyiarkan gambaran dua haiwan, kambing dan biri-biri yang sedang berebut pisang, manakala seekor monyet digambarkan sebagai hakim, dipercayai merujuk kepada dua negara yang bertelagah dan satu pihak ketiga yang menjadi orang tengah.

Walaupun hantaran tersebut telah dipadam, ia tetap mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan usaha perdamaian yang digerakkan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa.

Antara yang menegur keras tindakan itu ialah aktivis dan orang awam yang menilai kenyataan tersebut sebagai tidak beretika serta merendahkan maruah negara.

“Apabila negara hulur tangan untuk perdamaian, jangan balas dengan penghinaan. Nyawa manusia bukan bahan perbandingan binatang. Kalau tak mampu menyumbang, diam lebih mulia daripada menyindir,” tegas Rothmans Merah.

“Ini bukan isu kecil. Ini isu antarabangsa yang melibatkan persaingan kuasa besar seperti AS dan China di rantau ASEAN. Perbalahan antara Kemboja dan Thailand boleh mengundang campur tangan asing kerana sempadan itu kaya dengan unsur nadir bumi (REE),” ujar Cikgu Mat Jedok.

Beberapa pengguna turut mengingatkan Fadhli bahawa tindakan mempolitikkan isu luar negara secara sinis bukanlah teladan yang baik, apatah lagi jika beliau disasarkan untuk menjawat jawatan lebih tinggi dalam kerajaan.

“Kalau benar YB Fadhli ni diangkat jadi Timbalan atau Menteri, dia kena sedar diri dan faham konteks. Sayangnya nama parti Islam itu sudah sangat baik, namun ia tetap dicorak oleh kepimpinan yang ada,” kata Mohammad Rizal.

“Patutnya, kalau pun tak setuju dengan PMX yang cuba selesaikan isu ini, nyatakan hujah munasabah. Kaitkan dengan teori geopolitik atau hubungan antarabangsa. Ini setakat analogi haiwan – lekeh sungguh,” kata Khairul Idzwan.

Ada juga yang mengingatkan bahawa sebagai pemimpin, seorang ahli Parlimen perlu menunjukkan akhlak dan kematangan dalam tutur bicara, bukan menonjolkan kejahilan dalam mengulas isu antarabangsa yang rumit.

“Seorang MP perlu menunjukkan teladan yang baik dan mengutarakan pandangan yang membina demi kemajuan negara. Tapi MP sekarang hanya menunjukkan ketandusan idea, malah mempermainkan isu berat dengan cara yang memalukan,” kata Mahadhir A. Rahman.

“Dalam PAS bukan tak ada yang bagus, tapi yang buruk lebih menonjol. Kalau begini perangai, tak payahlah berangan nak perintah negara,” ujar Safwandinie Yusop.

Teguran lain datang daripada mereka yang menyokong kuat langkah Malaysia menjadi fasilitator perdamaian dalam konflik serantau, menyifatkannya sebagai tindakan bermaruah yang meningkatkan imej negara di mata dunia.

“Bila PM kita buat benda yang betul, kita sepatutnya berbangga. Jangan terlalu taksub politik sampai tak boleh beza mana satu usaha mulia dan mana satu hanya demi kepentingan parti,” tegas Mitch Yusmar Yusof.

Setakat petang ini, Ahmad Fadhli belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan lanjut berhubung hantaran kontroversi tersebut. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan laksana segera kajian kebolehlaksanaan usia persaraan wajib 65 tahun

Next Post

Hutang Malaysia cecah RM1.3 trilion

Related Posts